Putrajaya Critical Mass - 19 September 2008


Raya! Raya! Raya!
Miskin kaya mengayuh beskal baru warna-warni...

Maaf kerana tidak berkesempatan untuk mengumumkan tarikh kayuh Critical Mass ini lebih awal lagi. Namun begitu kami di sini tetap setia untuk mewar-warkan kayuhan ini untuk bulan Ramadhan.

Keputusan terakhir berdasarkan undian yang telah dibuat sepanjang bulan lepas, ramai yang tetap ingin berkayuh di Putrajaya Critical Mass ini. Cuma perbezaannya ialah tarikh di mana kami anjakkan satu minggu lebih awal (Jumaat ni bang!) dan ke masa yang lebih lewat kerana kebanyakan mereka ingin menunaikan sembahyang terawih.

Oleh itu tanpa membuang masa kami umumkan kepada anda semua:

Kayuh Balik Kampung - Putrajaya Critical Mass!

-----------------------------------------------
Tarikh: 19 September 2008
Tempat: Restoran Darussalam Presint 9 (Mamak Double Trouble)
Masa berkumpul: 11.00 PM SHARP SHARP!
Masa berkayuh: 11.30 PM
Jarak: Lebih kurang 20km
Kelajuan kayuh: 15-25km/h
-----------------------------------------------

Apalagi? Kalau anda mahu datang pakai baju melayu apa salahnya?
Bawa ketupat rendang, kuih muih dan segala makanan yang ada. Selepas kayuhan diharap semua dapat berkumpul untuk bersahur bersama. Atas tajaan diri sendiri. Hehe.

Jumpa di sana!

6 comments:

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

good idea bro

Wan A. Hadi (one.D) said...

I'll be there this time. Missed last PCM [tapi dah "qada'" dgn DD and the gang pada tengah malam 05Sept lepas...]

Unknown said...

bang naper tak iklankan dalam BBS mcm biasa

Anonymous said...

aku datang..

Anonymous said...

I'll be there.

Daoh Darko said...

Sorry everyone. Lagi nak raya, lagi busy... :(

beskal cap ayam,
Thanks man, datang kalau sempat lepas terawih nanti. :)

uncle D,
Malam ni kita kayuh lagi sama2 :) No problem kalau tak berkesempatan. Thanks for the photo!

Guys, check JUICE magazine next month about our Putrajaya Critical Mass. Uncle D kindly allowed us to use his photos for the article.

Rudy,
Malam ni cam biasa hehehe... Dude, ada member nak berkenalan ngan ko. Tanya pasal photography. Will introduce him tonight. :D

Heero,
Maaf la... saya letak kat BBS atas kerjasama dan jasa baik sahaja. Tapi rasa2nya dah habis kontrak. Hehehe. Insyaallah ada la orang datang malam ni. Janji ko datang hahaha!

Bok,
Bro we see you tonight. Dont leave early, if can join us for sahur tonight as well. See you man!

top